Salam semua para tetamu kehormat saya...
Kali ni saya ingin terangkan serba sedikit tentang etika dalam penyembuhan teknik Reiki. Dalam melakukan teknik penyembuhan yang perlu diperhatikan adalah etika pada sebelum, semasa ataupun sesudah praktik penyembuhan dilakukan. Hal ini sangat penting diperhatikan terutama pada pesakit yang belum memahami sistem penyembuhan ini. Kerana penyembuhan Reiki hanya dapat dilakukan berdasarkan keyakinan baik jurusembuh itu sendiri ataupun pesakit. Bila pesakitnya kurang yakin ini mengakibatkan lambatnya proses penyembuhan yang dilakukan penyembuh.
Untuk menghindari kejadian ini sebaiknya jelaskan terlebih dahulu tentang teknik penyembuhan Reiki ini dengan harapan pesakit dapat menerima sepenuhnya energi yang akan disalurkan dan untuk lebih cepatnya proses penyaluran energi sebaiknya beri juga arahan kepada pesakit agar bersikap tenang, santai, pasrah dan mempunyai keyakinan sepenuhnya.
* Bersikap Tenang
Tenang dalam ertikata fikiran dibebaskan dari segala gangguan yang ada samada ia bersifat menyenangkan atau tidak. Fikiran diarahkan pada salah satu objek yang bersifat ringan tidak memerlukan penganalisaan yang serius, tetapi fikiran jangan dibiarkan kosong. Secara umum orang yang sikapnya tenang dapat dilihat dari raut wajahnya yang berseri-seri atau tersenyum. Hal ini biasanya terjadi disaat semua permasalahan yang bersifat mental / emosi telah dapat diatasi dengan baik.
* Bersikap Santai
Santai bererti anda mulai menghayati arah laju fikiran anda yang diikuti dengan pengendalian pada tubuh fizik. Dimana semua gerakan otot tubuh kelihatan tenang, tidak tegang. Biasanya orang yang santai tidak mengeluarkan keringat di daerah dahinya. Rileks, senyum sentiasa terukir di raut wajah.
* Bersikap pasrah
Kata pasrah bolehlah diertikan, menyerahkan segala sesuatu yang ada pada diri kita, dengan rasa tulus ikhlas kepada Yang Maha Esa serta membiarkan Dia yang mengatur segalanya tanpa mengharapkan imbalan yang berlebihan. Sikap pasrah ini umumnya terjadi disaat kita mengalami penderitaan, baik secara fizik, mental dan emosi. Atau keadaan ini akan benar-benar terjadi pada saat fikiran kita mengalami kebuntuan, kelam kabut, bingung tak tahu nak buat apa, terasa semua jalan keluar tertutup.
Disaat ini boleh menyebabkan stres terjadi, segala gerak anggota tubuh, emosi, sifat, prilaku bahkan perkataan yang keluar kadang-kadang tidak terkawal atau bahkan diam tiada reaksi apapun. Sebaiknya jika terjadi ini, arah fikiran kita untuk serahkan segalanya kehadapan Tuhan Yang Maha Esa. Berserah segala-galanya...tidak bergantung kepada yang lain melainkan Dia.
Ketiga sikap diatas lebih mudah dipraktikkan bila kehidupan sehari-hari anda cukup baik, kesihatan cemerlang, hubungan sosial yang baik, mencari nafkah yang benar dan halal dan spiritual anda cukup berkembang. Dalam melakukan teknik penyembuhan Reiki ada beberapa hal yang perlu difahami dan dilatih secara bertahap... latihan yang teratur serta diperlukan kesabaran dan ketekunan.
Hal-hal yang perlu diberi perhatian oleh jurusembuh:
Seorang jurusembuh sebelum melakukan proses penyembuhan, ada beberapa perkara yang cukup penting untuk diperhatikan agar penyembuhan yang dilakukan berjalan lancar. Ia juga tidak terikat sebenarnya, bergantung kepada kreativiti dan kebijaksanaan anda. Seperti:
Jangan melakukan penyembuhan ketika anda tidak tenang atau mengalami emosi yang kurang stabil. Kerana bila anda memberi energi kepada pesakit maka energi anda yang terganggu akan ikut mengalir bersama energi Reiki ke tubuh pesakit. Keadaan ini akan melambatkan proses penyembuhan berlaku.
Walaupun energi Reiki adalah bersifat alami, dari alam semesta tetapi ketika mengalirkan energi, anda adalah sebagai mediumnya...maka energi yang sifatnya murni tadi akan melalui tubuh anda sebagai jurusembuh dengan pengaliran yang kurang kualiti asalnya. Perhatikan ini!!!
* Jangan menjanjikan penyembuhan terhadap sesuatu penyakit. Jurusembuh tidak ada authoriti tersebut. Hak mutlak Yang Maha Berkuasa.
* Jangan sesekali
* Jika anda mengetahui keadaan penyakit si pesakit, berikan khabar gembira kepadanya yang penyakitnya dapat disembuhkan dengan izin dariNya. Jangan beri bebanan dan ketakutan kepada pesakit.
* Kurangkan proses masa dalam melakukan pembersihan / pemberian energi khususnya pada anak-anak dan orang yang berusia lanjut.
* Adakan komunikasi secara kekeluargaan terhadap pesakit dan jelaskan proses penyembuhan yang akan dilakukan dengan tujuan agar pesakit dapat menerimanya dengan penuh keyakinan, serta anjurkan pesakit untuk bersikap menerima seadanya dengan ketiga-tiga sikap seperti di atas yakni bersikap tenang, santai dan pasrah.
InsyaAllah dengan ini moga-moga proses penyembuhan dapat berjalan dengan lancar dan dilimpahi keberkatan dariNya. Moga anda, pengamal Reiki dapat membantu seberapa ramai insan-insan di luar
Wallahu'alam.