Showing posts with label KURSUS. Show all posts
Showing posts with label KURSUS. Show all posts

Kursus Reiki Ramadhan

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Monday, August 24, 2009

Salam semua pembaca setia blog reiki...

Sempena bulan yang penuh berkat dan atas permintaan rakan serta sahabat saya yang lainnya, maka di sini saya berbesar hati untuk menganjurkan Kursus Reiki Hikmah Sufi Malaysia dengan bayaran secara ansuran.

Jadi sesiapa saja boleh belajar reiki tanpa perlu fikirkan masalah-masalah yang mungkin boleh menghalang hajat untuk belajar tentang keistimewaan Reiki ni.

Seorang pelajar reiki telefon saya dengan rasa bersemangat nak belajar Reiki tapi terpaksa membatalkan hasrat untuk meneruskannya disebabkan masalah kewangan, masa dsb. Saya nasihatkannya supaya keinginan harus diteruskan walau banyak halangan datang. Sebab, jika Anda sediakan diri Anda untuk apa yang diinginkan, insyaAllah jalan-jalan terbuka luas di depan. Ujian dan halangan umpama 'penambah perisa' dalam kehidupan.

Alhamdulillah, selepas beliau belajar Reiki banyak perubahan positif beliau rasakan. Nak percaya atau tidak katanya, kena juga percaya sebab benda berlaku macam-macam depan mata bila amalkan Reiki ni. Alhamdulillah.

Jadi, dah lama nak buka tawaran ni, tapi tunggu masa dan sekarang adalah masa yang sesuai bagi saya.

Kepada sesiapa yang nak merasai pengalaman hidup bersama Reiki, betul-betul berminat silakan berhubung dengan saya bila-bila masa. Soal yuran tak menjadi masalah bagi saya yang penting niat dan kesungguhan.

Kursus Reiki sempena Ramadhan saya buka sehingga habis puasa ni. Selepas ni mungkin peluang tak dibuka, tak pun tunggu tahun depan. Itu pun kalau masih ada hayat dikandung badan. Cewah! ;-)

Kepada Anda semua, saya ucapkan Selamat Berpuasa. Bukan sekadar puasa tahan lapar dan dahaga, tapi puasa zahir batin. Puasa pancaindera yang zahir dan puasa juga pancaindera yang batin. Puasa untuk Allah, jadi kalau yang otai-otai tu mesti dah faham kan? Puasa ingatan kita dari semua makhluk kepada ingatan kepada al-Khaliq saja.

"Ya Allah, kami mohon...kurniakan kami kekuatan zahir batin, taufik hidayah, rahmat dan sejahtera agar kami sentiasa dapat melaksanakan segala perintahMU dan meninggalkan segala laranganMU dan dapat mengikuti sunnah2 Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Aamiin"

p.s. Kepada yang berminat untuk mengikuti kursus reiki ini, hubungi saya anytime.

More aboutKursus Reiki Ramadhan

Mengawal Mimpi

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Wednesday, December 31, 2008

Salam untuk kalian semua... Diharap sempena Maal Hijrah banyak berlaku perubahan dan penghijrahan dalam diri kita ke arah kebaikan. Moga hidup kini lebih bermakna dari yang sebelumnya.

Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman Mengawal Mimpi, Mengusai Mimpi atau Kawal Mimpi agak asing bagi orang kita. Tapi sebenarnya Mimpi, Bermimpi adalah kawan yang paling rapat dgn kita. Setiap malam setiap orang pasti mengalami mimpi, antara sedar dgn tidak aje.

Mimpi berkait rapat dengan kehidupan kita sehari-hari dan sangat bermanfaat jika
kita tahu menggunakannya. Bayangkan kita tidur setiap malam 8 jam dan tanpa mengambil manfaat daripada mimpi, itu amatlah rugi. Jika kita tahu manfaat mimpi kita pasti tak mahu lepas
untuk bermimpi tiap-tiap malam. Dan jadikan mimpi mainan tidur yang mengasyikkan dan bermanfaat seluruhnya.

Sebenarnya manfaat mimpi sangat banyak, saya berikan sedikit contoh antaranya:
- Jika anda ingin terbang anda boleh terbang.
- Jika anda ingin panjat dinding silakan..
- Anda boleh rasa macammana suasana atau rasa terbang,
- Panjat dinding, lompat dari atas pokok bukit dsb.
- Atau jika anda ingin mengerakkan sesuatu objek dgn tanpa menyentuh..
- Anda ingin mengembara kemana saja..
- Anda ingin jumpa siapa saja..
- Anda boleh bertanya soalan yg pelik-pelik..
- Anda boleh merasa masakan atau apa saja yg anda belum rasa
- Anda ingin rasa jadi arnab atau apa saja..
- Anda ingin pandu kereta,motosikal berkuasa tinggi, kapalterbang dan lain-lain..
- Anda ingin jumpa dan bercakap-cakap dgn artis pujaan anda
- Dan macam-macam kehendak mengikut keinginan anda..

Memang fantastik!!!
Anda juga mampu untuk Mengawal Mimpi sendiri.

Dan banyak lagi kelebihannya: untuk melihat lebih detail lagi sila ke web:
http://www.freewebs.com/kawalmimpi

untuk membaca lebih detail sila ke blog:
http://www.kawalmimpi.blogspot.com

Jangan lupa klik link ini untuk mengikuti kursus kawal mimpi:
http://www.freewebs.com/tempah/kursuskawalmimpi.htm

More aboutMengawal Mimpi