Testimoni Reiki Hikmah Sufi 5

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, May 20, 2010

"Asalamualaikum..master syed

Moga hari ini dilimpahi rahmat dan kesejahteraan dari Allah....

rasanya dah seminggu saya tidak berkongsi apa-apa dengan master syed sejak full attunment jumaat lepas..sekarang saya sihat saja berkat kurnia dari allah dan amalan serta latihan Reiki Hikmah Sufi Malaysia yang saya perolehi dari tunjuk ajar master syed.

Syukur saya ucapkan sekali lagi kerana rasanya sejak kebelakangan ini banyak perubahan positif yang berlaku dalam hidup saya samada saya sedari mahupun tidak. Apa yang mengejutkan saya ialah saya tidak pernah rasa berat untuk solat kalau dibandingkan dengan sebelum ini fikiran dipenuhi dengan pelbagai masalah -masalah yang kecil mahupun besar samada ditempat kerja mahupun di rumah hingga membuatkan saya tidak khusyu dan terganggu...

syukur alhamdulillah sekarang fikiran seolah-olah kebal dengan masalah-masalah seperti itu. Saya rasa lebih tenang dan damai. tapi kadang-kadang rindu juga mau memikir pasal masalah ni..maklumlah dah jadi asam garam kan sebelum ni...

Bercerita tentang reiki hikmah sufi malaysia ni saya ada juga pengalaman membantu anak-anak buah yang sakit di rumah. Yang pertama tu saya mengalirkan reiki kepada anak adik saya ( anak buah umur 1 tahun lebih ) yang menghidap demam panas, kebetulan mereka bercadang nak ke klinik sebelah petangnya , tapi selepas saya mengalirkan reiki selama 5 - 7 minit sambil mendukung bayi tersebut semuanya rancangan untuk ke klinik cancel sb panas badan terus hilang secara perlahan-lahan lebih kurang 15 minit dah ok sepenuhnya.

Saya masih ingat semasa saya membaca afirmasi saya boleh rasakan seluruh badan saya bergetar halus... dan kuat dibahagian tapak tangan saya..dan saya dapat rasakan kaki bayi ( anak buah ) yang saya dukung tu perlahan-perlahan menjadi sejuk dan naik ke atas sampai ke kepala. Syukur sampai sekarang dia masih sihat walafiat.

pengalaman saya yang kedua pula..macam ni.

Saya selalu mencari idea dimana saya boleh alirkan tenaga Reiki Hikmah Sufi ni selain dari isteri dan anak-anak saya..bagi meningkat dan menambahkan keyakinan .

Satu petang tu... waktu balik kerja saya nampak tangan anak kakak saya berbalut mcm orang patah tangan..saya pun tanya kenapa jd mcm tu ? dia pun bagi tahu yang dia terseliuh semasa main bola maklumlah goal keeper. saya pun offer la nak alirkan reiki kat tangan dia tu dan dia setuju.

Saya pun mulalah alirkan reiki di tempat yang cedera tu tapi secara sentuhan ja dan relax..bukannya apa kat rumah saya tu ramai adik beradik yang menumpang takut terkejut pula tiba-tiba ada bomoh rock kat rumah hehe..jangan marah ya master syed gurau ja. Sambung cerita seperti biasa memang ada getaran tenaga kat tapak tangan tapi sakitnya maintain..

esoknya saya buat reiki sekali lagi dan kali ini ada nampak positif sebab tangan terseliuh tu tidak menampakkan tanda-tanda bengkak dan sakitnya beransur hilang. untuk hari ketiganya saya offer lagi untuk buat reiki dan anak buah saya menjawab " tak payah la cik baik suda " bila saya tengok dan gerak-gerakan memang sakitnya dah hilang..

alhamdulillah masa tu ibu ayah dia pun senang hati."

Asri


p.s. Anda suka artikel ini?