Ketika Mengalirkan Energi

Posted by Reiki Malaysia - Tradisi Hikmah Sufi on Thursday, January 8, 2009

Salam kepada anda semua yang melayari blog ini. Moga sihat zahir batin.

Kali ini saya ingin berkongsi tentang beberapa perkara yang perlu diambil perhatian. Kebanyakan pengamal reiki memandang remeh kepada perkara-perkara kecil yang mana ia sebenarnya merupakan perkara yang amat penting sekali.

Tidak kira dalam apa jua situasi, seorang pengamal perlu menitikberatkan beberapa perkara yang akan saya nyatakan walau pada mata kasar nampak seperti tidak perlu diberi fokus sangat. Antaranya:

Niat Ketika Merawat
Niat untuk merawat dan mengalirkan energi kepada pesakit ataupun diri sendiri perlulah dilakukan sebelum proses rawatan bermula. Seorang perawat seharusnya tidak memikirkan atau melakukan usaha apa sekalipun bagi memastikan kelancaran dan kecepatan pengaliran energi.

Yang perlu hanya usaha perawat menjadikan diri sesantai yang mungkin dan cuba menikmati seluruh getaran energi yang sedang mengalir melalui tubuhnya. Energi reiki perlu dibiarkan mengalir dengan sendiri sesuai dengan sifat dan energinya tanpa perlu paksaan dari perawat. Serahkan segalanya kepada Pemilik Energi Alam Semesta – pasrah semuanya.

Nafas
Berlainan dengan teknik lainnya di mana semakin panjang atau teratur pernafasan, semakin bagus pula energi mengalir. Dalam reiki nafas tidaklah begitu memainkan peranan penting. Ketika mengalirkan energi, nafas tidak perlu diperhatikan apakah nafas dari perawat panjang atau pendek.

Tetapi, sekiranya perawat ingin melatih pernafasan, boleh dilakukan di luar waktu mengalirkan reiki atau saat perawat tidak mengalirkan energi reiki.

Tumpu Perhatian
Saat mengalirkan energi, tidak perlu menumpukan perhatian untuk tujuan penyembuhan terutamanya keinginan untuk mengalirkan lebih banyak energi ataupun untuk menyembuhkan pesakit.

Perhatian dapat diarahkan pada getaran-getaran dari energi yang sedang mengalir. Nikmatilah getaran-getaran dari energi Ilahi yang sedang mengalir pada seluruh tubuh.

Tenang & Santai
Semakin santai seorang perawat, maka akan semakin meningkat pula energi yang mengalir baik dari segi kuantiti mahupun kualiti. Oleh sebab itu, jadilah seorang perawat sesantai mungkin. Apabila diperhatikan, seorang perawat ketika mengalirkan energi amat mudah untuk memasuki keadaan meditasi.

Ini kerana sel-sel otak terangsang dan dalam masa yang sama ‘brainwave’ akan turun ke ‘alpha state’. Nikmatilah dan tetap dalam keadaan santai. Janganlah memindahkan tangan ke bahagian tubuh lain secara terburu-buru.

Posisi Tubuh
Perawat harus berusaha agar dapat mengalirkan energi kepada pesakit dalam posisi tubuh yang cukup santai tanpa memaksakan diri. Janganlah menggerakkan tubuh ataupun tangan terlalu kerap (kecuali ketika saat memindahkan tangan ke bahagian tubuh yang lainnya dari pesakit). Ini mengakibatkan pengaliran energi tidak berjalan dengan baik.

Jadi, setiap kali perawat memindahkan tangan ke tubuh bahagian yang lainnya dari pesakit, pastikan bahawa posisi duduk atau berdiri betul dan dalam keadaan selesa. Dan perlu diingat juga selain perawat, pesakit juga harus santai dan tenang. Pesakit harus duduk atau baring dengan sesantai mungkin.

Elemen muzik santai dan pengaturan cahaya banyak membantu untuk membuat si pesakit dan perawat lebih tenang.

Kawal Bicara
Berusahalah untuk sedikit berbicara semasa pengaliran energi. Ini kerana ketika berbicara, aliran energi juga boleh terganggu. Berbicaralah sekadar perlu. Sebelum dan selepas pengaliran energi tidak mengapa.

Diharap info di atas dapat memberi tambahan ilmiah kepada semua perawat/pengamal reiki dan kepada yang bukan ahlinya juga.